Halaman

Rabu, 2 Januari 2013

Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (I)


Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (I)
Mesyuarat Perisikan
Lokasi :  Somewhere in Italy
Kehadiran :
Jeneral Sakhr Mattiyahu : Ketua Perisik
Rabbi Rabin Masaqurry : Ketua Paderi Besar Yahudi
Agen Q : Secret Agent @ Talam Dua Muka, Perisik Oriental Terhandal, berkulit sawo matang, berketurunan Amerika dan Kristian Filipina. Pintar selok belok agama Islam. Fasih bercakap Melayu dan Arab.



Jeneral Mattiyahu : Agen Q, ceritakan maklumat hasil risikan kau antara Kuala Lumpur dan Mekah.
Agen Q :  Kuala Lumpur telah cemerlang menanamkan lagi kesangsian sebahagian masyarakat ke atas jemaah ini menggunakan senjata kita. Nama Puan diburuk-burukkan dalam tabloid, akhbar arus perdana dan internet. Penyambung lidah kita secara sukarela, bekas jemaah terbuang ,mereka galak bagai mafia bermaharajalela di Facebook milik kita, tetapi they are overdoing it like stupid. Mereka juga mempertikaikan kenapa salah seorang isteri, seorang perempuan lemah dijadikan pemimpin jemaah, bukan anak lelaki Muhammad ke 3 itu yang ramai bilangannya. Bertambah-tambahlah ketidakyakinan puak ini serta masyarakat umum akan kesesatan yang kita ciptaka….(belum habis bercakap )
Rabbi Masaqurry:  Bodoh!! Malah aku bertambah yakin kebenaran yang mereka bawa!
Jeneral Mattiyahu:  Aku juga yakin. Fikir kan, apa muslihatnya? Kita sudah menerobos pihak perisikan Arab Saudi dan meyakinkan bahawa jemaah ini berkampung di tanah kesayangan Muhammad atas agenda militan terhadap Kaabah, iaitu untuk membebaskan Kaabah dari Wahabi…(belum habis bercakap)
Agen Q:  Izinkan saya mencelah Jeneral. Yang itulah yang saya nak laporkan tadi. Setelah Saudi memperhatikan aktiviti Puan yang berpangkat nenek ini, didapati kerjanya adalah berulang-alik antara mansion jemaah ke Kaabah.Tiada beza dengan nenek-nenek lain yang sebayanya. Nenek-nenek Muslimah sepertinya biasa menangis dan meratap di Kaabah dengan harapan untuk  mati di Tanah Haram.
Saya telah menyelinap sebagai tetamu di rumah jemaah semasa awal pembukaannya dulu, aktiviti mereka hanya berniaga, berkuliah, sembahyang dan bangun tengah malam untuk berselawat hingga Subuh. Tiada bau militan Tuan.
Jeneral Mattiyahu:  Sebab itu pihak keselamatan Saudi memutuskan yang jemaah itu clear, sebab dipimpin oleh seorang nenek. Kerja semakin sukar.. kita mesti cuba sedaya upaya, cari jalan untuk membunuh mereka dari segenap arah. Dan aku lihat mereka kelihatan semakin kuat, bertambah kuat walau diserang dari segala sudut.
Rabbi Masaqurry :  Betullah dalam hadis dikatakan, hati mereka bagai kepingan besi, jika mereka disuruh memotong atau mengalih gunung untuk Islam, mereka sanggup buat. Kekuatan yang didapati adalah hasil si nenek itu berhubung dengan alam ghaib menggunakan telefon roh untuk input terkini… Dan anak-anak buah juga diproses menguatkan roh mereka. Habislah kita! Celaka! Kita teruskan menghantar sihir-sihir terhebat. Copperfield bekerja keras 24/7 sekarang.
Jeneral Mattiyahu :   Sihir tak cukup, sihir lambat…. BUNUH adalah agenda utama!
Rabbi! kau terangkan padaku hal terkini tentang tiga Muhammad itu, yang ketiga-tiganya invisible.Berikan nas-nas Quran dan Hadisnya dalam laporan bertulis kau, apa kaitannya, aku kurang faham. Kau jangan sebut Quran dan Hadis dengan detail sekarang, aku tak nak dengar, panas telinga aku. Keluarkan hasilnya sahaja.
Rabbi Masaqurry :  Jeneral sepatutnya sudah membaca surat Muhammad kepada Vatican. Kepada kita, Ia sahih dari Muhammad. Muhammad memang berhubung dengan ulama-ulama hak Islam sejak dulu melalui telefon Roh. Untung kita, orang Islam sekarang rata-rata sudah tidak percaya malah mengkufurkannya . Tujuh wazir Mahdi di seluruh dunia itu pun saling berhubung dengan tiga Muhammad ini melalui telefon roh sejak entah bila. Malang, yang ini perisikan kita belum dapat mengesannya…  Bahagian R&D sedang berhempas pulas mencipta alat untuk memintas perhubungan network roh orang Islam…
Jeneral Mattiyahu :  Tak lama dulu, kami hampir sahaja membunuh Shaikh, si wazir di Turki, tetapi yang terkena sasarannya adalah orang kanannya. Wazir itu juga berkerusi roda, sakit teruk macam Muhammad ketiga dulu. Muslihat Tuhan Muhammad juga? Sekeliling rumahnya di Turki  penuh dengan CCTV,  tetamu walaupun orang-orang Turki sendiri tidak dibenarkan masuk ke rumahnya tetapi anak-anak buah Muhammad ketiga dari Malaysia yang datang baru-baru ini disambut baik oleh Shaikh itu.
Sukar, halangan banyak sekali hasil kekuatan kerohanian mereka, bukan sahaja yang dari Timur malah 6 wazir lain juga.
Rabbi Masaqurry :  Tuan, Muhammad ke 2 dan ke 3 yang ghaib sudah muncul di Mekah pada musim haji lalu tetapi mereka menggunakan mode ‘roh menutup jasad’ iaitu mode inivisible. Hanya yang berhati bersih dapat melihat mereka atau bila diizinkan Tuhan Muhammad yakni bila perlu sahaja. Muhammad ketiga sudah muncul di Malaysia sejak beberapa hari lalu. Ada yang sudah melihatnya, berbagai lapisan orang, cuma sepanjang masa dia dalam mode ‘roh menutup jasad’.
Strategi mereka pun sering berubah-ubah, sekejap itu, kemudian ini. Keliru kita dibuatnya. Kerja kita makin sukar. Masa kehancuran hampir tiba, Mission hampir Impossible Tuan. ( Mengeluh)
Agen Q : Saya ada beberapa idea…
BOM!  Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup bunyi letupan kuat diiringi gegaran. Adakah gunung berapi Etna sudah meletup mengulangi kejadian dahsyat pada tahun 1669?
Bersambung..
PS : Dialog sekadar imaginasi. Nama Yahudi diambil dari internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...