Halaman

Selasa, 19 Julai 2011

10 LANGKAH MUDAH AGAR ANDA DIINGATI


Bagaimana untuk menjadikan diri anda lebih mudah diingati oleh semua orang yang anda temui?

1.      Perkenakan diri anda sendiri kepada orang lain yang anda temui. Tidak kira siapa anda dan dimana anda berada, anda harus menjadi orang pertama untuk menegur dan bertanyakan khabar? Seperti ; Apa khabar? Nak ke mana?
2.      Cuba sedaya upaya untuk mengingati nama orang lain. Gunakan buku nota kecil atau handphone untuk merekod nama orang itu.
3.      Kekalkan hubungan mata dan senyum apabila bertemu seseorang.
4.      Pastikan setiap orang merasakan diri mereka amat penting. Ini boleh dilakukan dengan memberi perhatian penuh kepadanya apabila bercakap dengannya.
5.      Tunjukkan kepada seseorang itu yang anda suka bercakap dengannya. Oleh itu janganlah anda kelihatan bosan, melihat sana sini dan jangan menguap ketika dia bercakap.
6.      Pupuk minat dan kesungguhan untuk mengenali orang lain.
7.      Dengar adalah lebih baik. Jadi pendengar aktif maka anda akan lebih disukai.
8.      Seeorang itu lebih suka mendekati mereka yang ceria, positif dan menarik. Tunjukkan minat terhadap pelbagai perkara.
9.      Anda seharusnya bijak berbual mengenai pelbagai perkara. Oleh itu ikutilah perkembangan semasa.
10.  Anda kelakar maka tunjukkanlah. Orang lebih mengingati sesuatu yang kelakar berbanding perbualan biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...