Halaman

Selasa, 6 November 2012

Kalau Engkau Suka, Aku Pun Suka



 “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir di hari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Setiap tahun, di awal Rabiul Awal, kita menyambut hari kelahiran Rasulullah dengan meriah. Namun, sambutan lahir yang meriah tidak semestinya menggambarkan kemeriahan penghayatan roh. Sempena Maulidur Rasul tahun 1433H ini, marilah kita koreksi diri, sejauh manakah kita telah menjadikan keperibadian agung Rasulullah saw sebagai contoh. Satu aspek adalah makanan. Makanan merupakan suatu keperluan asasi manusia. Namun, sekiranya jumlah yang diambil berlebihan, ia akan memudaratkan. Mudarat hukumnya makruh bahkan menjurus kepada haram. Sunnah Rasulullah saw hanya akan makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Bagaimana jika setiap hari, kita jadikan satu kesukaan Rasulullah menjadi kesukaan kita? Maka, selepas satu minggu, 7 kesukaan Rasulullah akan menjadi 7 kesukaan kita. Bukankah kesukaan Rasulullah sebenarnya adalah kesukaan Allah? Semoga dengan usaha-usaha ini kita akan tergolong dalam kaum yang mencintai Allah dan Rasul. Jadi, mari kita lihat pemakanan Rasulullah.
Apakah makanan kesukaan Rasulullah? Pastinya setiap kesukaan Rasulullah itu ada hikmah disebaliknya. Mari kita kongsikan bersama.

 




MAKANAN KESUKAAN RASULULLAH
  1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak ada kurma seperti tidak ada makanan.
  3. Buah tin – buah dari syurga dan boleh mengubati buasir
  4. Anggur – Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.
  5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas. Membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum di waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai (semua jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang memakan tembikai tidak akan gagal mendapat anak dari segi karakter dan wajah.
  7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan dan membuang peluh pada tangan dan dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan menghindar kelupaan.
  8. Cendawan – Baik untuk mata dan juga merupakan perancang keluarga.
  9. Minyak zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.
  10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Cuka – Nabi meminumnya dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Itali).
  12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan dan jangan diteguk kerana mudah mendapat penyakit hati.

Setelah kita mengetahui makanan kesukaan Rasulullah dan kebaikannya, bagaimana? Bukankah makanan ini semua lazat belaka? Bahkan, banyak kelebihan di sebalik kesukaan Rasulullah ini. Itu baru menyentuh satu aspek kehidupan iaitu makanan, tetapi sudah membuka mata hati kita betapa besarnya jika dapat mencontohi Rasullullah saw.

Betapalah kalau kita membanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan penuh kerinduan. Tentu sekali baginda sebagai kekasih Allah, cahaya rohnya yang akan menerangi hati-hati kita, dengan pemakanan sunnah ini. Cukup dengan mencontohi pemakanan sahaja, jelas bahawa Rasulullah itulah ubat seluruh penyakit yang dapat merawat bukan sahaja yang lahir, bahkan batin seluruh umatnya. Semoga kita semua menjadikan Rasulullah sebagai idola di segenap aspek kehidupan dan menjadikan peribadi agung Rasulullah itu sebagai peribadi contoh kita dalam menghubungkan hati kita dengan rohnya.  Amin

 http://www.nurmuhammad.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...