Artikel ini menunjukkan bahawa keikhlasan
dalam menegakkan kebenaran tidak tertakluk kepada mana mana individu
atau kumpulan sahaja, Ini merupakan salah satu tanggung jawab yang
sepatutnya ada tercalit didalam hati kita untuk melakukannya, bukan
kerana nama tetapi atas nama kebertanggung jawaban kita pada individu
yang
Kejadian ini sememangnya tiada terdapat
dimana mana individu atau kumpulan yang begitu lantang menyuarakan
pandanagn dan dikatakan berani menghadapi apa sahaja demi apa yang dia
percayai terutama di Malaysia. Ini termasuk lah UMNO, PAS, PKR -
PAS PKR UMNO Jangan anda begitu Gah membicara kan tentang Islam jika anda tidak mampu berbuat demikian seperti lelaki ini.
Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di
atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika,Islam
sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika
menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat
dengan Islam.
Tragedi 911 telah menyebabkan
perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu
indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi
kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi
tempoh yang agak lama
Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran
sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang
telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911
Akhbar USA Today melaporkan di dalam
artikel bertajuk “”People Want to Know, so Koran is Bestseller,”
penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila
ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat
bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran
adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana
helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi
tentang nyawa dan kehidupan manusia.”
Kes terbaru yang berlaku di sebuah
Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk
menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang
memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad
s.a.w .
Ernie Perce telah memakai pakaian yang
menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan
berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween.
Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan
bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa
perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul
lelaki athiest tersebut.
Pegawai Polis yang bertugas di perarakan
tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut
adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan
Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam
yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki
Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament )
lelaki Athiest tersebut.
Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan
Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam
tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa
beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan
berikut :-
“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih
dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan
sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran
di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut )
tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa
Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati.
Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya
berusaha untuk mengetahui agama tersebut
Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita
mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di
bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan
Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan
sengaja.
Saya tidak fikir itulah yang diniatkan
oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat
untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita
menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan
mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu
lakukan.
Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-
“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa
di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan
Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama )
– tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah
cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka (
orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap
Mekah .
Untuk menjadi orang Islam yang baik
sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu
terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha untuk
melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum,
wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.
Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan
mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “
Jika Allah mengkehendaki” ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan
mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang
mereka anuti.
Saya berpendapat apa yang kamu lakukan
adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu
bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh
Pindaan Pertama Perlembagaan..
Saya telah mengabiskan masa selama tujuh
tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain
bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans”
( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita
tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”
Di dalam satu kes yang lain yang
melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang
Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut “ Jika
Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan
buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga ,
siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja
kamu tanpa memberi alasan.”
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Sumber;http://rmf7.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan