Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,
“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa
berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami
bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak
sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di
antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan
mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun
bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai
pada wajahmu.”
Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami
lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari
Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka
pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu,
datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas
salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.
Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku
yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia
akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim) 'Al-Mahdi & Dajjal'.
Imam Mahdi atau dikenali sebagai Sayyidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi
sangat memperjuangkan hubungan dengan Allah, di antaranya ialah
menyembah-Nya (sembahyang), ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa
merasa di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat
dan mendengar terhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar,
redha, tawakal, khusyuk, khuduk. Ini ialah Habluminallah, yang kedua
terpenting selepas beriman.
Begitu juga Saiyidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi sangat berjaya
memperjuangkan akhlak kepada manusia (Habluminannas). Di antaranya
berkasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap
benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi,
berlemah-lembut, bertolong bantu, baik sangka.
Selain berakhlak dengan Allah dan manusia, akhlak dengan haiwan dan
jamadat lain perlu dijaga seperti pokok, batu dan lain-lain lagi. Kita
tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kita memelihara kuda
misalnya, disediakan kandangnya, makan minumnya, sakitnya diubati, tidak
boleh menyiksanya. Begitu juga dengan pokok, tak boleh menebang pokok
sesuka hati, mesti ada sebab dan tujuan yang memberi faedah.
Imam Mahdi berperanan sebagai pemimpin agung iaitu Imam kepada seluruh
umat Islam, dan dia sangat ditunggu oleh umat islam seluruh dunia.
Kedatangannya membawa rahmat dan berkat. Bersamanya ialah sabsidi iman,
yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Imam Mahdi adalah
cahaya Nabi Muhammad, juga wakil batang tubuh baginda kepada umatnya di
akhir zaman.
Di akhir zaman, ada dua makhluk Allah yang diberikan kelebihan iaitu
Imam Mahdi dan Dajjal. Imam Mahdi dikurniakan Allah karamah dan barakah,
yang dialirkan kepada para pengikutnya mengikut keperluan semasa yang
ada hubung kait dengan kebangkitan Islam.
Ilmu pengetahuan yang banyak serta tajdid diberikan kepada orang
kanannya yang digelar Fata At-Tamimi, gelaran yang diberi baginda dalam
hadis-hadisnya. Antara berkat dan karomah Sayyidi Imam Mahdi,
ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah yang tersorok di dalam hati, untuk
mudah mereka membaiki diri. Kemudian diajarkan dengan amalan sufi dengan
himpunan wirid dan zikir yang diamal nya setiap hari.
Sesetengahnya dikurniakan suara indah hingga digunakan untuk bernasyid.
Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator atau penceramah
wakilnya. Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta pelbagai lagi
mengikut bidang masing-masing dan keperluan perjuangan. Ini tidak
termasuk ilmu-ilmu khas yang akan digunakan bila menentang dan berdepan
dengan yahudi secara lahir. Bila tiba masanya, ianya akan diajarkan
kepada pengikut-pengikutnya.
Inilah yang menjadi ketakutan yahudi! Kerana telah wujud kelompok
masyarakat yang tidak terikat dengan sistem mereka. Walaupun hidup di
tengah masyarakat moden, namun pengikut Imam Mahdi ini mempunyai
kehidupan lain. Dan ini yahudi sangat ambil perhatian dan menjadi
kebimbangan mereka. Jika telah lahir masyarakat Islam model, ertinya
kedatangan Imam Mahdi telah dekat.
Seorang wakil yahudi pernah mengingatkan kerajaan akan bahayanya jemaah
Imam Mahdi ini. Walaupun mereka hanya duduk sesama mereka, berniaga,
berkehidupan, berkebudayaan, dan lain-lain lagi; ini sangat merbahaya.
Kerana ia telah membina kerajaan dalam kerajaan, negara dalam negara.
Sebab itulah mereka perlu dihancurkan. Sebenarnya, yahudi sangat takut
dengan kebangkitan Islam yang berlaku oleh Abuya Putra Bani Tamim ini.
Kerana ketakukan dengan ketibaan Imam Mahdi, yahudi menggunakan
ulama-ulama ciptaan mereka untuk menjatuhkan, menghancurkan dan
mengharamkan jemaah Imam Mahdi ini. Namun apa yang terjadi, selepas
diharamkan, disesatkan, ternyata kekuatan jemaah Imam Mahdi ini semakin
besar. Selepas diharamkan, jemaah semakin berkembang walaupun dengan
pengikut yang lebih sedikit. Ini menjadi kerisauan yahudi. Tidak cukup
dengan itu, pelbagai taktik dan usaha kotor dilakukan, seperti dihantar
wakil-wakil mereka untuk menghancurkan jemaah ini dari dalam. Tapi
ternyata tidak berkesan, bahkan Imam Mahdi telah manfaatkan musuh-musuh
Islam untuk berkerja dan berkhidmat dengannya.
Pelbagai cara dan usaha dilakukan kerana ketakutannya, hinggalah
diusahakan untuk mematikan pemimpinnya. Menjadi ketakutan dan
terkejutnya mereka, selepas 'kematian' Abuya jemaah terus berkembang dan
berkembang. Kematian Abuya adalah penipuan kepada musuh-musuh Islam.
Abuya tidak mati, beliau pergi menjemput Imam Mahdi. Sudah tiba saatnya
untuk dunia diselamatkan daripada cengkaman yahudi. Kini bertambah
mereka takut lagi, Abuya telah bergabung dengan Imam Mahdi yang ghaib
dan akan muncul kembali. Kini bersama roh baginda Rasul s.a.w.,
ketakutan yahudi tak dapat dibendung lagi.
Setelah dua tahun ditulis surat untuk Vatican, kini surat itu telah
memberi kesan yang hebat dan dalam, Bertambah takut lagilah yahudi.
Kedatangan Imam Mahdi telah sangat hampir. RSA bertindak terhadap mereka
dengan cara yang tidak disangka-sangka. Tentera-tentera Tuhan bertindak
terhadap musuh-musuh-Nya. RSA bersama Junudu Mujannadah (Tentera Roh
yang berperanan) telah membantai yahudi dengan taufan dan badai yang
melanda. Habis semua disapu mereka. Jatuhlah yahudi dengan musuh yang
tidak mampu dibendung walau dengan sehebat senjata mereka. Cukup dengan
air, angin, api, taufan yang melanda, kini yahudi telah lumpuh dan
terpinga-pinga.
Sebelum perperangan secara berdepan dengan yahudi, perperangan batin
sedang berlaku. Sihir-sihir digunakan mereka untuk melemahkan
pengikut-pengikut Imam Mahdi khususnya, umumnya merosakkan umat Islam.
Kesan-kesan sihir yahudi dapat dilihat di dalam masyarakat. Gejala
sosial yang berlaku, sumbang mahram, buang anak, zina, LGBT, black
metal, dan 1001 macam lagi adalah daripada sihir-sihir yahudi ini.
Bilamana benteng iman telah rapuh dan runtuh, terkesanlah sihir ini
kepada umat Islam dan seluruh manusia.
Inilah yang terjadi sekarang. Yahudi sedang dalam ketakutan, dan semakin
takut mereka semakin ganas dan dahsyat tindakan mereka. Kejahatan
mereka tidak dapat dibendung lagi. Kita akan lihat mereka secara terus
terang akan mengisytiharkan perang terhadap Islam lebih-lebih lagi
terhadap Imam Mahdi, samada secara terang-terangan, dengan perkataan,
atau perbuatan. Tidak lama lagi akan tibalah Imam Mahdi yang dijanjikan
untuk menyelamatkan dunia ini.
sumber:suaraharamain313
Tiada ulasan:
Catat Ulasan