Halaman

Rabu, 27 Ogos 2014

Senarai rumah anak yatim di Malaysia

Senarai rumah anak yatim di Malaysia 

Rumah Anak Yatim Negeri Sabah -> Rumah anak yatim Sabah

 Rumah Anak Yatim Tambunan 
 Rumah AnakYatim Al-Aman Beaufort 
 Rumah Putera Harapan Ranau Ranau Sabah  

Rumah Anak Yatim Negeri Sarawak -> Rumah anak yatim Sarawak 

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak, PetraJaya 

Rumah Anak Yatim Pulau Pinang -> Rumah anak yatim Pulau Pinang 

 Rumah Anak Kesayangan Taman Desa Ria, Pulau Pinang  
 Persatuan Kebajikan Anak Yatim pulau pinang, Wisma Yatim 
 Rumah kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas 
 Rumah Jagaan Permata Kasih Permatang Pauh 
 Rumah Sinaran Kasih Sungai Dua 

Rumah Anak Yatim Negeri Sembilan -> Rumah anak yatim Negeri Sembilan 

 Rumah Anak yatim Ulu Gadong 
 Rumah Anak Yatim Darul Aminan 
 Badan Amal Negeri Sembilan 

Rumah Anak Yatim Kuala Lumpur -> Rumah anak yatim Kuala Lumpur 

 Pusat Perlindungan Pernim -rumah anak yatim aids Kg Cheras Baru 
 Rumah Anak Yatim Asdaf 
 ASDAF Perkim Website | Sukarelawan ASDAF Bukit Persekutuan 
 Rumah Anak Yatim TTDI Taman Tun Dr Ismail 
 Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah Jalan Ipoh 
 Rumah Anak-Anak Yatim Shifa Setapak 
 Rumah kanak-kanak Nur Salam Chow Kit 
 Rumah Titian Kaseh Taman Titiwangsa 
 Rumah Anak Yatim Bakawali Keramat 
 Rumah Anak Yatim Baitul Ummah Asrama Baitul Ummah Taman Setapak Indah  
 Rumah anak yatim kampung medan 
 Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana, AmpangRumah Amal Limpahan Kasih (main page) 

Rumah Anak Yatim Negeri Selangor -> Rumah Anak Yatim di Selangor 


 Rumah Anak Yatim Rohingya Hashimiah Selayang 
 Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam Selayang 
 Rumah anak yatim sabak bernam 
 Rumah Anak Yatim Sg Besar 
 Rumah anak yatim limpahan kasih Puchong 
 Pertubuhan Kebajikan Rumah Nurul Qanaah Taman Batu, Batu Caves 
 Rumah anak yatim darul izzah Bandar Baru Bangi 
 Rumah Amal Siraman Kasih Bandar Country Home, Rawang 
 Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Jalan Cheras 
 Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah Bandar Country Home Rawang 
 Pertubuhan Penyayang Raudhah 
 Rumah Penyayang Raudah | Pondok Penyayang Raudhah Bt 11 Gombak 
 Rumah Amal Kasih Bestari Subang 
 Madrasah Ar Rashid Klang 
 Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Klang 
 Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur Rawang 
 Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri Dengkil 
 Rumah Anak kesayanganku 
 Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Sg Pinang, Klang  
 PUSAT JAGAAN DAN ASUHAN RAUDHATUL IKHWAN 
 Rumah Nur Hikmah, Kajang  
 Rumah Amal Suci Rohani Bandar Utama  

Rumah Anak Yatim Negeri Pulau Pinang -> Rumah Anak Yatim Pulau Pinang 


Rumah Anak Yatim Negeri Terengganu -> Rumah anak yatim di Terengganu 


 Asrama Anak Yatim Darul Falah Perkasa 
 Asrama Perkaya Bukit Payong Marang 
 Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi Teluk Ketapang, Seberang Takir 
 Rumah Anak Yatim Lil-Aitam Kubang Kiat, Kuala Terengganu 
 

Rumah Anak Yatim Negeri Perak -> Rumah anak yatim di Perak 

 Pusat Jagaan Anak Yatim Nurul Iman Manjoi Perak 
 Rumah anak yatim manjoi 
 Pertubuhan Kebajikan Pengkalan Hulu 
 Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda Chemor 
 Rumah Anak Yatim & Miskin (Perempuan) Al-Barakah Teluk Intan 
 Asrama Anak Yatim Nurul Ihsan Sg, Siput Perak | Asrama Anak Yatim Nurul Ihsan Sg, Siput Perak 

Rumah Anak Yatim Negeri Pahang -> Rumah anak yatim di Pahang 

 Yayasan kebajikan keramat makmur Mentakab 
 Pertubuhan anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah Alor Akar 
 Rumah Anak Yatim Permata Camar 
 Maahad Bahasa & Ilmu Al-Quran, Blog Peramu, Pahang 

Rumah Anak Yatim Negeri Johor ->Rumah anak yatim di Johor 

 Rumah anak yatim darul hanan Johor Bharu 
 Rumah anak yatim barkat Bukit Cagar 

Rumah Anak Yatim Negeri Kelantan ->Rumah anak yatim Kelantan 

 Asrama bakti machang 

Rumah Anak Yatim Negeri Kedah ->Rumah anak yatim di Kedah 

 Rumah Anak Yatim Baling 
 Pertubuhan Bela Didik Kulim 
 Rumah Yakin Kupang, Kedah 
 Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi Kuala Nerang 

Rumah Anak Yatim Negeri Perlis -Rumah anak yatim di Perlis 

 Rumah Anak Yatim Mak Teh Kangar 
 Asrama Anak Yatim KG. PONDOK 

Rumah Anak Yatim Negeri Melaka -> Rumah Anak Yatim Melaka 

 Rumah Anak Yatim Bukit Pegoh, Pernu 

Senarai Yayasan Kebajikan @ Charitable Foundation 

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
 Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid  
 Murad Foundation Seremban 
 Yayasan Kebajikan BudiMas 
 Yayasan Sulammi Ulummiah Ujung Pasir Melaka 
 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam 
 Persatuan Pendidikan Anak Yatim 
 Badan Nadwah Islamiah Pahang Kuantan 
 Pertubuhan Penyayang Raudhah 

Madrasah Tahfiz Al-Quran 

 Madrasah An Nur Muar 
 Maahad Tahfiz Al-Qur'an Dan Hadith Al-Ansori Ipoh Perak 
Akademi Al-Quran Wal Hadith -Tahfiz Bestari Seri kembangan, Selangor & Kota Belud Sabah 

Sekolah Agama Swasta 

 Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Miftahul Uloom - Bandar Tasik Selatan 

Pusat Jagaan Remaja bermasalah 

 Pusat Jagaan Baitul Islah 

Renungan 

Sedekah Jariah ¦ sadaqah jariah ¦ wakaf al quranrumah kebajikan ¦ rumah orang tuaamalan zakat ¦ amalan puasa ¦ Amalan wakaf ¦ amalan sedekah | Lailatul Qadar |Panduan Sembahyang | Solat Malam | Kisah Hidayahderma anak yatim | Ibadat Korban | Bacaan Al Quran | Doa Akhir Tahun | Doa Awal Tahun | Qunut Nazilahyayasan anak yatimRumah Anak Yatim Islam Darul Falahrumah amal limpahan kasihrumah anak yatim kuangrumah anak yatim jasa panti asuhan anak anak yatimrumah anak yatim darul aitamPusat Jagaan Kanak-Kanak Nur Hikmahrumah amal belaian kasih Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim MALAYSIA (PEYATIM) rumah budiRumah Anak Yatim Darul Taqwa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Rumah Hope | Rumah Triniti| Rumah Keluarga Kami

Susahnya Melakukan Ikhlas


Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: 
Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas". Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..". Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure ).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
  1. kerana suruhanNya
  2. kerana keredhoaanNya
  3. kerana arahanNya
  4. kerana mentaatiNya
  5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau keranaNya yang SATU, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang
diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal 
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata, "Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal", "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan 
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis." 

Kerosakan akhir 
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu." 

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah.Amin".
Sekian

Oleh PBT

Sayangilah Tuhan


Di dalam diri kita ini ada macam-macam khazanah yang bersifat fizikal, mental dan rohani. Dalam badan kita ada jantung, hati, paru-paru, usus-usus, buah pinggang, sistem peranakan, sistem penghadaman, ada otak, ada saraf, ada saluran darah dan lain-lain. Tersimpan juga dalam tubuh kita berbagai-bagai maklumat aqliah seperti ilmu alam, ilmu matematik, maklumat sejarah, sains, ekonomi, rahsia-rahsia peribadi dan individu-individu lain termasuk maklumat tentang alam ghaib seperti syaitan, malaikat, alam kubur dan alam akhirat. Memang hebat batang tubuh kita ini. Kecil tapi berbagai khazanah ada di dalamnya.


Tapi yang hebat lagi dalam diri kita ini seperti ada berbagai-bagai lautan rasa yang gelombang-gelombangnya bertukar-tukar dengan rupa yang begitu pantas.
Kadang-kadang kita dilambung gelombang rasa gembira, kadang pula rasa sedih, sayu, takut, marah, sayang, rindu, kasih, cinta, gerun, geram, benci, meluat dan jijik. Tidak saja itu, lautan rasa boleh bertukar warna kepada rasa hebat, megah, sombong, tinggi diri, bangga, rasa mampu, rasa selamat, rasaboleh serba serbi.

Tiba-tiba dilanda pula ribut rasa derita, kecewa, putus asa, terseksa, lara, rasa diri tak berguna, rasa hina, rasa lemah, rasa tak selamat, rasa serba tak boleh. Di sudut lain lautan ini membawa irama gelombang yang lain pula. Rasa bakhil, gila dunia, gila kuasa, gila puji, gila wanita, tamak haloba, hasad dengki, dendam kesumat, rasa nak tipu, nak bohong, nak mencuri, nak bunuh orang, nak bunuh diri, mengangkat diri, jatuhkan orang dan macam-macam.
Namum janganlah lupa, lautan itu tidak cukup setakat itu. Ada pula jenis gelombang yang indah-indah melayari lautan rasa manusia hingga terbuai-buai kita dibuatnya oleh rasa-rasa sayang. Sayang ibu bapa, sayang isteri, suami. Sayang anak-anak, sayang kawan, sayang jiran dan siapa-siapa yang baik-baik. Sayang kucing, sayang bunga, sayang barang-barang, sayang hidup, sayang kerja, sayang rumah dan sayang dunia.
Seribu satu macam sayang berombak-rombak di dalam dada kita. Diiringi pula oleh rasa-rasa yang indah-indah seperti pemurah, peramah, bersangka baik, berbudi tinggi, lapang dada, berkasih sayang, memaafkan, rasa bersalah dan meminta maaf, rendah diri, memuliakan, ingin disayangi dan membalasnya.

Tapi kemuncak dari semua itu, ada satu rasa yang paling MAHAL dari semua iaitu RASA BERTUHAN . Rasa inginkan Tuhan sewaktu-waktu susah. Ajaibnya penciptaan, pemberian dan anugerah yang maha luas ini. Bagaimana diri manusia yang sekecil ini dibenarkan memiliki seribu satu macam khazanah rohaniah? Siapa pereka, perancang, pencipta dan mengawal system super power ini? Tuhan, bukan? Hanya Dialah yang semampu ini. Hanya Dia yang sebijak dan sekuasa itu! Hanya Dia dan Dia saja. Sebab itulah Tuhan yang Yang Agung ini telah memfirmankan bahawa:"Sesungguhnya manusia adalah sebaik-sebaik ciptaan dan kejadian"
Satu ciptaan yang jauh lebih hebat dari ciptaan gunung, bukit, laut, langit dan bumi. Hanya manusialah terutama manusia bertaqwa yang disempurnakan dengan sesempurna ciptaan. Yakni dibekalkan benih taqwa dalam lautan hati dan roh mereka. Yang mana daripada keseluruhan kecintaan-kecintaan yang disebutkan tadi, mereka dapat tundukkan semuanya kepada cintakan Tuhan yang Agung. Orang yang gagal menundukkan kecintaan kepada Allah, mereka hanya dapat cinta murahan. Cinta inilah yang direbutkan. Sedangkan cinta Allah dibiarkan.

Ada rasa bertuhan, sayang Tuhan, inginkan Tuhan, mencari Tuhan dan bercakap, bertanya, meminta, memanja, mengadu, merintih, merindui, mencintai dan menyayangi Tuhan dengan seagung-agung perasaan cinta.
Perasaan-perasaan ini kalau disuburkan, dibina, dibaja, diarahkan, sungguh mampu akan menjadikan manusia berhati malaikat, yakni mengabdikan seluruh hidup, masa dan jiwa raganya menyembah Allah. Membawa rasa kehambaan dan rasa bertuhan disetiap detikan hati dan jantungnya. Hidup mati ditujukan keada Allah semata-mata.
Inilah yang Allah maksudkan:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (Adz Dzaariyaat : 56)
Saudara saudari,
Siapa kenal dirinya nescaya dia kenal Tuhannya. Renunglah penciptaan diri kita. Nescaya kita akan terpegun dan terkejut! Sebab semua kepunyaan kita itu bukan kita yang mengawalkan, mentadbir, mengurusnya. Degupan jantung, kerdipan mata, penapisan ginjal, sedutan dan lepasan nafas, merakamkan maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya sepanjang 50 dan 60 tahun, mengalunkan rasa-rasa, gerakan hati yang silih berganti tiada henti-henti, sesungguhnya diluar kawalan kita. Selamat tidaknya diri kita bukan kita yang menentukan. Bila jantung akan berhenti berdegup sekaligus memberhentikan jentera seluruh sistem manusia ini? Bukan kita yang boleh menjawabnya!

Tapi sayang ramai saintis yang menyelidik rahsia penciptaan manusia ini jadi tidak percaya Tuhan bahkan anti Tuhan! Apa mereka tidak perasankan bahawa seluruh keajaiban itu ada mula dan akan berakhir? Oleh siapakah memula dan mengakhirkan itu berlaku? Sedangkan empunya diri pun tidak tahu. Bukankah jawapannya ialah oleh Tuhan?

Instinct atau fitrah kita yang menjawabnya. Sebab fitrah memang dibentuk bersama rasa yakin adanya Tuhan. Rasa mahukan Tuhan. Sebab itu kita bangga mengaku sebagai seorang hamba Tuhan. Tetapi marah kalau orang tuduh kita hamba syaitan, hamba seks, hamba duit dll. Pelik manusia ini, macam-macam yang dicinta tapi marah bila dikaitkan dengan banyak-banyak itu. Sebab cinta itu murah. Sedangkan cinta Tuhan itu mahal. Saintis itu sebenarnya ada rasa-rasa mahukan Tuhan. Terutama waktu-waktu susah mereka akan memanggil Tuhan dengan kata-kata oh my god! Tapi sayang perasaan terhadap Tuhan itu tidak dibaja, tidak disuburkan. Sedang rasa cintakan girlfriend itu begitu dipupuk. Sayang anak itu dibelai-belai. Sayangkan ibu bapa amat dibesar-besarkan. Sayang dunia, sayang pangkat, cinta kereta dan lain-lain sungguh bertakhta di hati. Sanggup hidup mati kerananyalah! Walhal apa sangatlah semua itu pada kita. Dia pernah ada dan pernah tiada.
Sedangkan Tuhan Dialah nafas kita, Dialah makanan kita, rezeki kita, Dialah bank kita, Dialah daya ingatan kita, Dialah manusianya kita, Dialah tidur lena kita, Dialah senyum tangis kita, Dialah nikah kahwin kita, Dialah kaya miskin kita, Dialah sakit sihat kita, tua muda kita, Dialah baik jahatnya kita, Dialah pandai bodohnya kita, Dialah hidup matinya kita, Dialah pandangan kita, penglihatan kita, perasaan beranak tidaknya kita, Dialah accidentnya tidak kita, Dialah orang suka tidaknya kita, Dialah mulia dan hinanya kita, berjawatan dan berkuasa tidaknya kita, jatuh bangun seseorang dan sesuatu kamu pun di tangan Tuhanlah juga. Lihat firmannya Ali Imran ayat 26.
Tuhan sangat sayang pada kita manusia dan Dia sangat inginkan kita menyayangi-Nya. Kita boleh berkawan dengan-Nya bahkan Dia adalah kawan yang paling setia. Siapa yang kata makhluk manusia tidak boleh berkawan dengan Allah pencipta adalah satu pembohongan.

Sebab Rasulullah SAW ketika akan wafat ada bersabda:
"Aku akan pergi kepada kawan yang Tinggi (Allah)"
Tiada cacat celanya Allah kalau kita jadi kawan Dia. Bukankah setiap saat Dia yang menjaga kita, memberi rezeki dan segalanya? Dia yang menguruskan kita, menolong kita, mengajar, membela, melindung, menjaga, memastikan waktu-waktu kita samaada untuk sihat, sakit, hidup dan mati. Allah tidak hina kerana bersama kita kerana Dia Maha Sempurna. Tiada apa yang boleh mencacat-celakan kesempurnaan-Nya. Dia sebagai kawan setia, prinsip hidup dan tempat rujuk.

Bukankan setiap kali kita sembahyang kita berkata pada-Nya
Lagi yang selalu kita ungkapkan kehadrat Allah waktu sembahyang ialah "Ku sembahkan puja dan puji kepada Zat yang menghadiahkan alam ini kepadaku"
Ruginya kita kalau tidak mempedulikan Tuhan. Ruginya kita kalau tidak mengambil Tuhan jadi kawan yang setia. Malangnya kita kalau kita tidak cinta dan tidak sayang pada-Nya. Sedangkan kesayang-kesayangan kita yang lain, tidaklah berjasa dan berbaik pada kita sebanyak yang Tuhan lakukan untuk kita. Akhirnya ketahuilah bahawa kita ada Tuhan. Dia adalah segala-galanya. Oleh itu sayangilah Tuhan.

SEKIAN
Oleh PBT

Isnin, 24 Februari 2014

Peranan Empat Anasir dalam Diri Manusia

Maha Besar dan Maha Suci Tuhan
  yang menjadikan di dalam diri manusia
  ada empat anasir yang berfungsi dan berperanan
Jasad, roh, nafsu dan akal
  yang merupakan satu pakej kejadian manusia
  yang luar biasa dan berperanan
Keempat-empat anasir itulah yang bertindak
  bekerjasama satu sama lain
  menggerakkan manusia di dalam kehidupan
  sama ada manusia sedar atau tidak sedar
Begitulah diri manusia itu bertindak
  di waktu hidupnya
Kalau semua anasir itu sihat
  dan sama-sama dewasa dan matang
  ia akan jadi manusia luar biasa
  tetapi jarang berlaku
Peranannya sangat mengkagumkan
Beruntunglah kalau satu bangsa itu
  ada rakyatnya begitu
  bukan sahaja individunya beruntung
Mari kita mengenal manusia lahir dan batinnya
Agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain
  dan mengenal watak dan sikap manusia
  untuk pandai mendidiknya
Jasad lahir tidak perlu diperkata
   kerana mudah manusia mengenalnya
Kita akan perkatakan tiga anasir yang penting sahaja
  kerana susah difaham oleh manusia yang ramai
Tugas roh hanya merasa:
Seperti rasa marah, rasa suka, rasa takut,
  rasa cemas rasa sedih, rasa gembira, rasa senang
  rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang
  rasa cinta, rasa simpati rasa jijik, rasa dengki
  rasa pelik, rasa lega dan sebagainya
Nafsu peranannya berkehendak atau merangsang:
Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak
Kehendaknya sama ada baik atau jahat
  kehendaknya semula jadi sangat gelojoh
  rakus, tamak dan bakhil
Kemahuannya sangat luar biasa
  tidak ada batasnya, macam laut tidak bertepi
Kalau hendak diikutkan, badan boleh merana
  terseksa dan binasa
Tugas akal lain pula
Ia mempunyai peranan yang tersendiri
Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu
  menerima maklumat dan pengalaman
  kemudian menilai, menapis,
  menyimpan dan mengeluarkan
Akal, I.Qnya pula ada enam kategori
  atau enam peringkat
Eloklah diketahui oleh ibu bapa
  guru-guru dan para pemimpin
Akal genius atau abqari
Kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa
Mungkin 100 juta, seorang di dalam satu zaman
Akal ini mampu membuat teori
  atau membuat penemuan-penemuan baru
  dikatakan membuat matan satu-satu ilmu
Selepas itu akal cerdik
Boleh dan mampu menghurai
  teori-teori tadi atau matan
 hingga mudah difaham oleh ramai
Mungkin 10 juta, seorang sahaja
 yang mendapat I.Q ini
Sesudah itu I.Q cerdik biasa
  boleh memahami sebahagian apa yang sudah dihurai
  dan diperjelas
  jika seseorang itu diberi pelajaran yang cukup
Golongan ini agak ramai
  ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin
  juga patut dapat menilai
Di bawah ini hanya I.Q biasa
  tidak cerdik dan tidak pula bodoh
  itulah yang teramai di dunia ini
Di bawah ini ada lagi I.Q,
  iaitu yang bodoh dan yang dungu
  tapi golongan ini tidak ramai bilangannya
I.Q ini tidak mampu mempelajari ilmu-ilmu
  yang dalam dan tinggi-tinggi
Kalau didorong pun tidak boleh pergi
  mungkin setakat darjah rendah sahaja
  atau sekolah dasar
Roh ada empat kategori pula
  roh yang bercahaya
  roh yang bersih
  roh yang kabur
  dan roh yang hitam legam
Setiap peringkat roh ini ada hubungan
  dengan sejauh mana baiknya
  dan jahatnya nafsu
Nafsu pula ada 7 peringkat:
Ammarah nafsu yang sangat jahat
Lawwamah nafsu yang lemah mujahadah
  kerana itulah selalu sahaja mencerca dirinya
Mulhamah nafsu yang sudah mula terpimpin
  dan terdidik tapi belum kuat,
  belum mendarah mendaging
  masih di dalam kebimbangan lagi
  itulah nafsu orang yang soleh
Nafsu mutmainnah, nafsu yang sudah tenang
 ia tidak dapat lagi digugat
 oleh kesenangan mahupun kesusahan
  sudah dapat darjat wali kecil
Nafsu Radhiah, nafsu yang sudah redha
  apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah Taala
  sama ada senang mahupun susah
Nafsu Mardhiah, nafsu yang Tuhan pula redha
Nafsu Kamilah kemuncak kebersihan nafsu
  ini hanya ada pada rasul-rasul
  dan para nabi sahaja
Jasad lahir, ia hanya tentera-tentera
  atau pekerja-pekerja suruhan hati
  ia hanya taat semata-mata
  sama ada kepada kebaikan mahupun kejahatan
Jasad hanya perlu dijaga kesihatannya
Agar mampu melaksanakan arahan hati,
  raja di dalam diri
Jika ia sihat, ia akan cergas dan aktif
  serta tahan lasak melaksanakan kehendak raja diri
  iaitu kehendak hati
Oleh itu kesihatan badan
  kenalah juga diusahakan dan dijaga
Makanannya hendaklah diberi
  zat-zat makanan yang boleh menjaga kesihatannya
  hendaklah diusahakan
Keempat-empat anasir di dalam diri manusia
  bekerjasama satu sama lain
jika ia hendak bertindak
Sama ada tindakannya itu baik mahupun jahat
Mula-mula hati atau roh (raja diri) merasa
Kemudian rasa itu dihantar kepada nafsu
 maka nafsu pun berkehendak
  atau merangsang untuk mahu bertindak
Selepas itu ia hantar pula kepada akal
  bagaimana hendak melaksanakan
  maka akal pula yang memikirkan
Sesudah ada keputusan dari akal
  ia arahkan seluruh anggota bertindak
  untuk mendapatkannya
Jika Tuhan kehendaki berjaya, maka berjayalah
Jika Tuhan tidak mengkehendaki, maka gagallah
Itulah dia manusia dan bagaimana dia berperanan
Ketahuilah ilmu ini
  untuk pandai mendidik manusia
Selesailah sudah, maaf kalau salah

Oleh; PBT
Antara Zuhur & Asar
01 – 06 – 2003

Rabu, 27 November 2013

Apa perbedaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah ?


Banyak orang yang menyangka bahwa perbedaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) dianggap sekedar dalam masalah khilafiyah Furu’iyah, seperti perbedaan antara NU dengan Muhammadiyah, antara Madzhab Safi’i dengan Madzhab Maliki. Karenanya dengan adanya ribut-ribut masalah Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbedaan pendapat tersebut tidak perlu dibesar-besarkan. Selanjutnya mereka berharap, apabila antara NU dengan Muhammadiyah sekarang bisa diadakan pendekatan-pendekatan demi Ukhuwah Islamiyah, lalu mengapa antara Syiah dan Sunni tidak dilakukan ?

Oleh karena itu, disaat Muslimin bangun melawan serangan Syiah, mereka menjadi penonton dan tidak ikut berkiprah. Apa yang mereka harapkan tersebut, tidak lain dikarenakan minimnya pengetahuan mereka mengenai aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sehingga apa yang mereka sampaikan hanya terbatas pada apa yang mereka ketahui. Semua itu dikarenakan kurangnya informasi pada mereka, akan hakikat ajaran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Disamping kebiasaan berkomentar, sebelum memahami persoalan yang sebenarnya.

Sedangkan apa yang mereka kuasai, hanya bersumber dari tokoh-tokoh Syiah yang sering berkata bahwa perbedaan Sunni dengan Syiah seperti perbedaan antara Madzhab Maliki dengan Madzahab Syafi’i.
Padahal perbedaan antara Madzhab Maliki dengan Madzhab Syafi’i, hanya dalam masalah Furu’iyah saja. Sedang perbedaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah), maka perbedaan-perbedaannya disamping dalam Furuu’ juga dalam Ushuul.
Rukun Iman mereka berbeda dengan rukun Iman kita, rukun Islamnya juga berbeda, begitu pula kitab-kitab hadistnya juga berbeda, bahkan sesuai pengakuan sebagian besar ulama-ulama Syiah, bahwa Al-Qur’an mereka juga berbeda dengan Al-Qur’an kita (Ahlussunnah).
Apabila ada dari ulama mereka yang pura-pura (taqiyah) mengatakan bahwa Al-Qur’annya sama, maka dalam menafsirkan ayat-ayatnya sangat berbeda dan berlainan.
Sehingga tepatlah apabila ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah mengatakan : Bahwa Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) adalah satu agama tersendiri.

Melihat pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini kami nukilkan sebagian dari perbedaan antara aqidah Ahlussunnah Waljamaah dengan aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah).

1. Ahlussunnah : Rukun Islam kita ada 5 (lima)
a) Syahadatain
b) As-Sholah
c) As-Shoum
d) Az-Zakah
e) Al-Haj

Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeda:
a) As-Sholah
b) As-Shoum
c) Az-Zakah
d) Al-Haj
e) Al wilayah

2. Ahlussunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :
a) Iman kepada Allah
b) Iman kepada Malaikat-malaikat Nya
c) Iman kepada Kitab-kitab Nya
d) Iman kepada Rasul Nya
e) Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
f) Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.


Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*
a) At-Tauhid
b) An Nubuwwah
c) Al Imamah
d) Al Adlu
e) Al Ma’ad

3. Ahlussunnah : Dua kalimat syahadat

Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka.

4. Ahlussunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman. Adapun jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas. Selalu timbul imam-imam, sampai hari kiamat.
Karenanya membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan.

Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Karenanya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.

5. Ahlussunnah : Khulafaurrosyidin yang diakui (sah) adalah :
a) Abu Bakar
b) Umar
c) Utsman
d) Ali Radhiallahu anhu

Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Karena dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai’at dan mengakui kekhalifahan mereka).

6. Ahlussunnah : Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai sifat Ma’shum.
Berarti mereka dapat berbuat salah/ dosa/ lupa. Karena sifat Ma’shum, hanya dimiliki oleh para Nabi.

Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai sifat Ma’’hum, seperti para Nabi.

7. Ahlussunnah : Dilarang mencaci-maki para sahabat.

Syiah : Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan, bahwa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal beberapa orang saja. Alasannya karena para sahabat membai’at Sayyidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

8. Ahlussunnah : Siti Aisyah istri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai. Beliau adalah Ummul Mu’minin.

Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.

9. Ahlussunnah : Kitab-kitab hadits yang dipakai sandaran dan rujukan Ahlussunnah adalah Kutubussittah :
a) Bukhari
b) Muslim
c) Abu Daud
d) Turmudzi
e) Ibnu Majah
f) An Nasa’i
(kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia).

Syiah : Kitab-kitab Syiah ada empat :
a) Al Kaafi
b) Al Istibshor
c) Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih
d) Att Tahdziib
(Kitab-kitab tersebut tidak beredar, sebab kebohongannya takut diketahui oleh pengikut-pengikut Syiah).

10. Ahlussunnah : Al-Qur’an tetap orisinil

Syiah : Al-Qur’an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak orisinil. Sudah dirubah oleh para sahabat (dikurangi dan ditambah).

11. Ahlussunnah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul Nya.
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.

Syiah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah.
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.

12. Ahlussunnah : Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah adalah besok diakhir zaman sebelum kiamat, manusia akan hidup kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan balas dendam kepada musuh-musuhnya.

Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan : bahwa nanti diakhir zaman, Imam Mahdi akan keluar dari persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.
Setelah mereka semuanya bai’at kepadanya, diapun selanjutnya membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati seterusnya diulang-ulang sampai ribuan kali. Sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait.
Keterangan : Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdinya Ahlussunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.

13. Ahlussunnah : Mut’ah (kawin kontrak), sama dengan perbuatan zina dan hukumnya haram.
Syiah : Mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah. Padahal haramnya Mut’ah juga berlaku di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib.

14. Ahlussunnah : Khamer/ arak tidak suci.

Syiah : Khamer/ arak suci.

15. Ahlussunnah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap tidak suci.

Syiah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap suci dan mensucikan.

16. Ahlussunnah : Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri hukumnya sunnah.

Syiah : Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan shalat.
(jadi shalatnya bangsa Indonesia yang diajarkan Wali Songo oleh orang-orang Syiah dihukum tidak sah/ batal, sebab meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri).

17. Ahlussunnah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat adalah sunnah.

Syiah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat dianggap tidak sah/ batal shalatnya.
(Jadi shalatnya Muslimin di seluruh dunia dianggap tidak sah, karena mengucapkan Amin dalam shalatnya).

18. Ahlussunnah : Shalat jama’ diperbolehkan bagi orang yang bepergian dan bagi orang yang mempunyai udzur syar’i.

Syiah : Shalat jama’ diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.

19. Ahlussunnah : Shalat Dhuha disunnahkan.

Syiah : Shalat Dhuha tidak dibenarkan.
(padahal semua Auliya’ dan salihin melakukan shalat Dhuha).

Demikian telah kami nukilkan perbedaan-perbedaan antara aqidah Ahlussunnah Waljamaah dan aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sengaja kami nukil sedikit saja, sebab apabila kami nukil seluruhnya, maka akan memenuhi halaman-halaman buku ini. Harapan kami semoga pembaca dapat memahami benar-benar perbedaan-perbedaan tersebut. Selanjutnya pembaca yang mengambil keputusan (sikap).

Masihkah mereka akan dipertahankan sebagai Muslimin dan Mukminin ? 
(walaupun dengan Muslimin berbeda segalanya).

Sebenarnya yang terpenting dari keterangan-keterangan diatas adalah agar masyarakat memahami benar-benar, bahwa perbedaan yang ada antara Ahlussunnah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) itu, disamping dalam Furuu’ (cabang-cabang agama) juga dalam Ushuul (pokok/ dasar agama).

Apabila tokoh-tokoh Syiah sering mengaburkan perbedaan-perbedaan tersebut, serta memberikan keterangan yang tidak sebenarnya, maka hal tersebut dapat kita maklumi, sebab mereka itu sudah memahami benar-benar, bahwa Muslimin Indonesia tidak akan terpengaruh atau tertarik pada Syiah, terkecuali apabila disesatkan (ditipu). Oleh karena itu, sebagian besar orang-orang yang masuk Syiah adalah orang-orang yang tersesat, yang tertipu oleh bujuk rayu tokoh-tokoh Syiah.

Akhirnya, setelah kami menyampaikan perbedaan-perbedaan antara Ahlussunnah dengan Syiah, maka dalam kesempatan ini kami menghimbau kepada Alim Ulama serta para tokoh masyarakat, untuk selalu memberikan penerangan kepada umat Islam mengenai kesesatan ajaran Syiah. Begitu pula untuk selalu menggalang persatuan sesama Ahlussunnah dalam menghadapi rongrongan yang datangnya dari golongan Syiah. Serta lebih waspada dalam memantau gerakan Syiah didaerahnya. Sehingga bahaya yang selalu mengancam persatuan dan kesatuan bangsa kita dapat teratasi.
Selanjutnya kami mengharap dari aparat pemerintahan untuk lebih peka dalam menangani masalah Syiah di Indonesia. Sebab bagaimanapun, kita tidak menghendaki apa yang sudah mereka lakukan, baik di dalam negri maupun di luar negri, terulang di negara kita.

Semoga Allah selalu melindungi kita dari penyesatan orang-orang Syiah dan aqidahnya. Amin.
Keterangan lebih lanjut tentang kesesatan syiah klik :
http:/ban-syiah.blogspot.com/

Faham sendiri dengan foto ini: https://www.google.com/search?q=syiah

Jumaat, 4 Oktober 2013

KENAPA YAHUDI TAKUTKAN IMAM MAHDI?

 
 
Dunia sekarang menuju kebangkitan Islam kedua. Apa sahaja yang berlaku adalah menuju ke arah itu. Siapapun tidak boleh menghalangnya kerana masanya telah tiba. Abuya pernah berkata dan dibukukan kata-katanya itu, 'Barat Di Ambang Maut'. Kini barat sedang nazak, membenarkan kata-kata Abuya. Barat yang ketuanya yahudi, kini dalam ketakutan. Walaupun segala persiapan telah dilakukan demi menghadapi kedatangan 'Muhammad kedua' (Imam Mahdi) namun kejutan oleh kerajaan ajaib sangat tidak diduga. Dalam mereka cuba menipu umat Islam mereka juga tertipu. Ditipu oleh makar Allah, dan Allah adalah sebaik-baik tipu daya.

ÙˆَÙ…َÙƒَرُوا ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللَّÙ‡ُ ۖ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (menutup kebenaran), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Ali Imran: 54

Mengapa yahudi sangat takutkan Imam Mahdi. Mereka memanggil Imam Mahdi sebagai MUHAMMAD KEDUA, dan mereka menganggap Muhammad kedua dan pertama adalah orang yang sama! Kata Abuya, selain pejuang kebenaran yang dijanjikan, yang sangat kenal kebenaran ialah musuh-musuhnya. Kata Bonda Wasilah, RSA-lah dibelakang GISB. Abuya dan Sayyidi yang ghaib dan akan datang tak lama lagi, bersama-sama mereka adalah roh baginda Rasul S.A.W. Jadi tak hairanlah mengapa yahudi menganggap mereka berhadapan dengan Muhammad pertama, kerana memang Nabi Muhammad-lah yang sedang melakukan kebangkitan Islam kedua ini! Ada beberapa sebab mengapa yahudi takutkan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.

1. INI ADALAH JANJI ALLAH.

Kebangkitan Islam kedua ini adalah JANJI ALLAH. Mahu tidak mahu, dihalang atau tidak ia akan terjadi. Apa sahaja usaha yang dilakukan untuk menghalangnya, hanya akan mencepatkan lagi proses berlakunya kemenangan ini. Bila dikatakan JANJI ALLAH, ia adalah rahsia Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu dan orang-orang yang diilhamkan kepada mereka.

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”. Sunan Abu Daud

Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al-Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. Al-Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji. Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim - Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti
“ Telah terjadi zaman Kenabian atas kamu, maka terjadilah zaman kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian terjadilah Zaman Kekhalifahan (khulafa’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka terjadilah zaman itu sebagaimana yg ALLAH kehendaki. Kemudian Allah Mengangkatnya, lalu terjadilah Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Zaman Fitnah). terjadilah zaman itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian terjadilah Zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan terjadilah Zaman itu sebagai mana yang ALLAH kehendaki. Kemudian terjadi pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman kenabian”. Riwayat Ahmad


2. JEMAAHNYA DIJANJIKAN.

Bila dikatakan ini adalah janji Tuhan, sudah tentu bersamanya pakej atau jemaah yang dijanjikan. Sebagaimana kebangkitan pertama oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, kebangkitan kedua dijanjikan bersamanya IMAM MAHDI (IM) dan PUTRA BANI TAMIM (PBT), dan berserta mereka ialah jemaah yang disebut didalam hadis sebagai PANJI-PANJI HITAM. PBT ialah pemimpin yang bertanggungjawab menyediakan tapak untuk IM. Pakej ini juga disebut didalam hadis oleh baginda Rasul S.A.W. IM dan PBT adalah pakej jemaah yang dijanjikan. 
Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji." dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah." dari Sayyidina Ali K.A.W.

"Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." Sabda Nabi S.A.W.
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin." Hadis Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W., "Orang ramai daripada Timur (Ikhwan dan Asoib) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."

3. ORANG-ORANGNYA DIPERSIAPKAN.


Sejarah mencatat pemergian Abu Ayub Al-Ansari menuju Konstantinopel demi membenarkan hadis Nabi akan terbukanya kota itu. Sudah tentu kebangkitan Islam kedua para sahabat sangat-sangat ingin membenarkannya. Jika bukan mereka orangnya, didoakan dari keturunan mereka-lah jemaah IM dan PBT ini. Ini dibuktikan dengan kehadiran dan kedatangan Ahlul Bait ke timur, juga pendakwah-pendakwah yang datang samada terang-terangan mahupun sebagai pedagang.
Bila jemaahnya dijanjikan, orang-orangnya juga dipersiapkan. Ikhwan dan Asoib adalah ahli-ahli jemaah IM ini. Sepertilah Abuya yang dipersiapkan oleh IM, dari kelahirannya, pendidikannya, perkahwinannya, bahkan pertemuan ibu dan ayahnya juga adalah dalam rancangan Imam Mahdi. Begitulah juga PBT menyiapkan Ikhwan dan Asoib. Pelbagai usaha demi usaha dan pelbagai cara demi melahirkan orang-orangnya ini.
Ikhwan dan Asoib inilah yang mengisi dan memeriahkan jemaah IM di seluruh dunia. Kini mereka sedang berperanan demi menjayakan misi besar kedua ini. Bila jemaahnya dijanjikan dan orang-orangnya juga disiapkan, mereka sentiasa dipandu oleh kerajaan ajaib demi menjayakan jadual Tuhan ini. Roh baginda Rasul-lah yang menjadi kekuatan mereka, bilamana terhubungnya roh para pejuang dengan roh baginda Nabi melalui selawat yang bersama perasaan rindu yang mendalam.
Jadi ini sangatlah menakutkan yahudi bilamana telah lahir golongan yang telah disebut di dalam hadis ini. Kerana mereka tidak dapat dihalang kehendak dan kemahuan mereka dalam membangunkan Islam walaupun dihalang dengan 1001 cara dan gaya.
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup berkorban) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya." Abu Hurairah

Begitu sekali dahsyat dan hebatnya perasaan rindu mereka terhadap baginda Nabi, jadi mereka inilah orang yang dipersiapkan untuk bersama-sama menjayakan kebangkitan Islam kedua ini. Bagaimana yahudi tidak takut kepada mereka, kerana demi Nabi-nya bukan sahaja harta dan keluarga bahkan nyawa sanggup dikorbankan demi kebangkitan kedua ini.
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA, "Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). Hadis Riwayat Muslim


4. TEMPATNYA DIJANJIKAN.


Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti

Bagi pejuang kebenaran yang benar-benar ingin perjuangkan Allah dan Rasul, mereka tidak semberono! Mereka sentiasa terpandu dan dipandu. Samada secara lahir atau rohani, para pejuang kebenaran kena sentiasa dipandu. Kalau tidak akan ditipu, lebih-lebih lagi oleh yahudi dan hawa nafsu yang tidak henti-henti mengganggu dan menghalang niat yang suci ini.
Bagi yang mengkaji (dan eloklah juga kita yang ingin perjuangkan Islam ini) pasti tempat berlakunya sesuatu peristiwa besar diambil kira. Lebih-lebih lagi bilamana ia melibatkan jadual yang grand oleh Nabi akhir zaman S.A.W. 
Sebelum ini Suara Haramain telah membawa beberapa tajuk yang membuktikan bahawa tempat untuk berlakunya kebangkitan Islam kedua ini berlaku. Betapa ruginya bagi mereka yang tidak mengkaji lebih-lebih lagi mempersenda peristiwa besar yang sedang berlaku ini. Hanya mereka yang yang benar-benar inginkan kebenaran sahaja sanggup mengkaji malah sama-sama membahu untuk kejayaan kemenangan yang dijanjikan ini.
Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. Imam Sayuti dalam Al-Hawi lil Fatawa

5. NIKMAT DAN UJIANNYA JUGA LUAR BIASA.

Nikmat kepada para pejuang kebenaran ialah berada dalam jemaah yang terpelihara iman dan Islam-nya. Ini bukan sembarangan jemaah, kerana ia adalah dijanjikan. Bersamanya pemimpin dijanjikan, bantuan yang diberikan kepada mereka sangat luar biasa. Berkali-kali cubaan untuk menghancurkan jemaah ini gagal. Bahkan ujian yang datang juga dari perlbagai penjuru dan kemuncaknya bila berhadapan dengan kerajaan yang menghancurkan jemaah ini. Namun yang berlaku bila diharamkan jemaah semakin besar dan tidak terhalang lagi.
Ini membuktikan bahawa ujiannya juga besar, bukan daripada orang biasa bahkan berhadapan dengan sebuah kerajaan yang menguasai negara. Inilah yang menjadi ketakutan yahudi, hingga sebuah jemaah kecil atau kelompok kecil namun terpaksa berdepan dengan sebuah kerajaan, dan didokong oleh kuasa besar dunia.
Namun ini semua menjadi kekuatan bagi para pejuang yang ingin menjadi Ikhwan dan Asoib. Ujian yang datang menjadi baja menyubur kekuatan dalam berjuang. Nikmat yang diberi menjadi hiburan dan kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan jadual Tuhan ini.

6. KEMUNCAK KEMENANGAN IALAH PARA PEJUANG MENDAPAT SEMBAHYANG YANG AGUNG.


Kemuncak ketakutan yahudi ialah bilamana hati-hati para pejuang terhubung dengan Allah dan Rasul. Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul adalah kekuatan bagi umat Islam. Namun rasa-rasa ini dihilangkan dari umat Islam oleh yahudi dengan usaha-usaha mereka yang memakan masa ratusan tahun. Nampaknya usaha mereka telah berjaya. Umat Islam benar-benar jauh dari Tuhan, dan inilah yang yahudi mahukan. Bilamana Allah tidak lagi diagungkan, bahkan dipersenda dan dipermain-mainkan. Umat Islam dicatur oleh mereka sesuka hati.
Namun bila lahirnya pejuang yang terhubung hati dengan pemimpin mereka, bahkan hati-hati mereka dibawa menuju Allah dan Rasul, inilah yang menjadi ketakutan yahudi. Kerana kelompok ini tidak boleh dimain-mainkan mereka. Kelompok inilah yang akan membongkar kejahatan yahudi sekaligus menyedarkan umat Islam dan membawa mereka menuju hati yang selamat.
Bila hati-hati umat Islam sudah terhubung dengan baginda Rasul, masyarakat Islam seperti para sahabat akan lahir dan memeriahkan bumi ini dengan mengagungkan dan membesarkan Allah. Inilah ketakutan dan kebencian yahudi. Kini RSA telah memainkan hati-hati manusia dan menyuburkan iman bersamanya. Allah sekali lagi akan diagungkan dan Rasul akan dirindukan, inilah syurga sebelum syurga yang menjadi ketakutan yahudi selama ini.
Inilah sebab dan mengapa yahudi sangat takutkan Imam Mahdi. Dan ketakutan ini dilaksanakan dengan usaha-usaha menghancurkan Abuya dan jemaahnya, kerana Abuya-lah yang terlalu kuat mem-promosi-kan Imam Mahdi ini. Digunakan ulama-ulama ciptaan mereka untuk menyesatkan Abuya, digunakan kuasa besar negara untuk menghalang Abuya, namun segala usaha adalah sia-sia bahkan membuktikan dan membenarkan lagi kebenaran yang Abuya bawa. Kini yahudi semakin takut kerana Abuya sudah ghaib dan mereka tahu Abuya akan kembali bersama Imam Mahdi yang bersama-sama mereka adalah roh baginda Rasul S.A.W. Islam takkan kalah-kalah lagi!
 
sumber:suaraharamain313

KETAKUTAN YAHUDI TERHADAP IMAM MAHDI (MUHAMMAD BIN ABDULLAH KE 2)

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,
“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim) 'Al-Mahdi & Dajjal'.
Imam Mahdi atau dikenali sebagai Sayyidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi sangat memperjuangkan hubungan dengan Allah, di antaranya ialah menyembah-Nya (sembahyang), ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa merasa di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar terhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha, tawakal, khusyuk, khuduk. Ini ialah Habluminallah, yang kedua terpenting selepas beriman.
Begitu juga Saiyidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi sangat berjaya memperjuangkan akhlak kepada manusia (Habluminannas). Di antaranya berkasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, bertolong bantu, baik sangka.
Selain berakhlak dengan Allah dan manusia, akhlak dengan haiwan dan jamadat lain perlu dijaga seperti pokok, batu dan lain-lain lagi. Kita tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kita memelihara kuda misalnya, disediakan kandangnya, makan minumnya, sakitnya diubati, tidak boleh menyiksanya. Begitu juga dengan pokok, tak boleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada sebab dan tujuan yang memberi faedah.
Imam Mahdi berperanan sebagai pemimpin agung iaitu Imam kepada seluruh umat Islam, dan dia  sangat ditunggu oleh umat islam seluruh dunia. Kedatangannya membawa rahmat dan berkat. Bersamanya ialah sabsidi iman, yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Imam Mahdi adalah cahaya Nabi Muhammad, juga wakil batang tubuh baginda kepada umatnya di akhir zaman.
Di akhir zaman, ada dua makhluk Allah yang diberikan kelebihan iaitu Imam Mahdi dan Dajjal. Imam Mahdi dikurniakan Allah karamah dan barakah, yang dialirkan kepada para pengikutnya mengikut keperluan semasa yang ada hubung kait dengan kebangkitan Islam.
Ilmu pengetahuan yang banyak serta tajdid diberikan kepada orang kanannya yang digelar Fata At-Tamimi, gelaran yang diberi baginda dalam hadis-hadisnya. Antara berkat dan karomah Sayyidi Imam Mahdi, ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah yang tersorok di dalam hati, untuk mudah mereka membaiki diri. Kemudian diajarkan dengan amalan sufi dengan himpunan wirid dan zikir yang diamal nya setiap hari.
Sesetengahnya dikurniakan suara indah hingga digunakan untuk bernasyid. Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator atau penceramah wakilnya. Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta pelbagai lagi mengikut bidang masing-masing dan keperluan perjuangan. Ini tidak termasuk ilmu-ilmu khas yang akan digunakan bila menentang dan berdepan dengan yahudi secara lahir. Bila tiba masanya, ianya akan diajarkan kepada pengikut-pengikutnya.
Inilah yang menjadi ketakutan yahudi! Kerana telah wujud kelompok masyarakat yang tidak terikat dengan sistem mereka. Walaupun hidup di tengah masyarakat moden, namun pengikut Imam Mahdi ini mempunyai kehidupan lain. Dan ini yahudi sangat ambil perhatian dan menjadi kebimbangan mereka. Jika telah lahir masyarakat Islam model, ertinya kedatangan Imam Mahdi telah dekat.
Seorang wakil yahudi pernah mengingatkan kerajaan akan bahayanya jemaah Imam Mahdi ini. Walaupun mereka hanya duduk sesama mereka, berniaga, berkehidupan, berkebudayaan, dan lain-lain lagi; ini sangat merbahaya. Kerana ia telah membina kerajaan dalam kerajaan, negara dalam negara. Sebab itulah mereka perlu dihancurkan. Sebenarnya, yahudi sangat takut dengan kebangkitan Islam yang berlaku oleh Abuya Putra Bani Tamim ini.
Kerana ketakukan dengan ketibaan Imam Mahdi, yahudi menggunakan ulama-ulama ciptaan mereka untuk menjatuhkan, menghancurkan dan mengharamkan jemaah Imam Mahdi ini. Namun apa yang terjadi, selepas diharamkan, disesatkan, ternyata kekuatan jemaah Imam Mahdi ini semakin besar. Selepas diharamkan, jemaah semakin berkembang walaupun dengan pengikut yang lebih sedikit. Ini menjadi kerisauan yahudi. Tidak cukup dengan itu, pelbagai taktik dan usaha kotor dilakukan, seperti dihantar wakil-wakil mereka untuk menghancurkan jemaah ini dari dalam. Tapi ternyata tidak berkesan, bahkan Imam Mahdi telah manfaatkan musuh-musuh Islam untuk berkerja dan berkhidmat dengannya.
Pelbagai cara dan usaha dilakukan kerana ketakutannya, hinggalah diusahakan untuk mematikan pemimpinnya. Menjadi ketakutan dan terkejutnya mereka, selepas 'kematian' Abuya jemaah terus berkembang dan berkembang. Kematian Abuya adalah penipuan kepada musuh-musuh Islam. Abuya tidak mati, beliau pergi menjemput Imam Mahdi. Sudah tiba saatnya untuk dunia diselamatkan daripada cengkaman yahudi. Kini bertambah mereka takut lagi, Abuya telah bergabung dengan Imam Mahdi yang ghaib dan akan muncul kembali. Kini bersama roh baginda Rasul s.a.w., ketakutan yahudi tak dapat dibendung lagi.
Setelah dua tahun ditulis surat untuk Vatican, kini surat itu telah memberi kesan yang hebat dan dalam, Bertambah takut lagilah yahudi. Kedatangan Imam Mahdi telah sangat hampir. RSA bertindak terhadap mereka dengan cara yang tidak disangka-sangka. Tentera-tentera Tuhan bertindak terhadap musuh-musuh-Nya. RSA bersama Junudu Mujannadah (Tentera Roh yang berperanan) telah membantai yahudi dengan taufan dan badai yang melanda. Habis semua disapu mereka. Jatuhlah yahudi dengan musuh yang tidak mampu dibendung walau dengan sehebat senjata mereka. Cukup dengan air, angin, api, taufan yang melanda, kini yahudi telah lumpuh dan terpinga-pinga.
Sebelum perperangan secara berdepan dengan yahudi, perperangan batin sedang berlaku. Sihir-sihir digunakan mereka untuk melemahkan pengikut-pengikut Imam Mahdi khususnya, umumnya merosakkan umat Islam. Kesan-kesan sihir yahudi dapat dilihat di dalam masyarakat. Gejala sosial yang berlaku, sumbang mahram, buang anak, zina, LGBT, black metal, dan 1001 macam lagi adalah daripada sihir-sihir yahudi ini. Bilamana benteng iman telah rapuh dan runtuh, terkesanlah sihir ini kepada umat Islam dan seluruh manusia.
Inilah yang terjadi sekarang. Yahudi sedang dalam ketakutan, dan semakin takut mereka semakin ganas dan dahsyat tindakan mereka. Kejahatan mereka tidak dapat dibendung lagi. Kita akan lihat mereka secara terus terang akan mengisytiharkan perang terhadap Islam lebih-lebih lagi terhadap Imam Mahdi, samada secara terang-terangan, dengan perkataan, atau perbuatan. Tidak lama lagi akan tibalah Imam Mahdi yang dijanjikan untuk menyelamatkan dunia ini.
 
sumber:suaraharamain313
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...